Site icon TechNave BM

Kerajaan China haramkan segala bentuk mata wang kripto

Bank pusat China, People’s Bank of China, telah mengumumkan bahawa segala bentuk transaksi yang melibatkan mata wang kripto (cryptocurrency) kini telah diharamkan, termasuklah mata wang popular seperti Bitcoin. Kerajaan China mengatakan mata wang tersebut mengancam keseragaman sosial dan keselamatan aset di kalangan rakyatnya.

Susulan pengumuman tersebut, nilai Bitcoin jatuh sebanyak USD2,000 (~RM8,380). Rakyat China yang masih terlibat dengan perdagangan melibatkan mata wang kripto kini akan dikenali sebagai penjenayah dan boleh dikenakan denda oleh kerajaan.

Selain People’ Bank of China, sembilan lagi agensi yang melibatkan penyeragaman kewangan, keselamatan dan penukaran mata wang asing di China turut menyokong tindakan terhadap mata wang kripto ini. Kerajaan China juga akan menyekat sokongan kewangan dan bekalan elektrik kepada kerja-kerja perlombongan mata wang kripto (mining).

Sebelum ini, mata wang kripto telah disekat di China sejak 2019 namun ia masih dibenarkan untuk penukaran mata wang asing. Kerajaan China juga telah mengambil pelbagai langkah bagi mengurangkan penggunaan mata wang kripto, namun undang-undang terbaru ini adalah tindakan yang paling tegas setakat ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version