Site icon TechNave BM

Kerajaan fokus capai 100% rangkaian 5G di semua IPTA tahun ini

Sebelum ini, laporan telah dikeluarkan bahawa Malaysia telah mencapai lebih 80% liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk seperti yang ditetapkan oleh kerajaan untuk 2023. Kini, Kementerian Komunikasi juga telah mengumumkan sasaran baharu untuk 2024 melibatkan liputan rangkaian 5G di semua universiti awam.

Diumumkan dalam sidang media yang sama di mana Menteri Perhubungan, Fahmi Fadzil mendedahkan negara kita mencapai 80.2% liputan 5G di kawasan berpenduduk pada Disember 2023 dan Kementerian kini menyasarkan 100% liputan rangkaian 5G di semua universiti awam seluruh negara.

Menurut catatan Facebook, Kementerian Komunikasi tidak menyebut sebarang tarikh tertentu cuma ia menyasarkan ia dilakukan tahun ini. Selain itu, 2024 juga akan menyaksikan Malaysia beralih kepada model dwi 5G dengan rangkaian 5G kedua akan diumumkan tidak lama lagi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version