Site icon TechNave BM

Kerajaan guna teknologi satelit untuk liputan internet di pedalaman, walaupun ada kelemahan

Kerajaan Malaysia dilapor menggunakan teknologi satelit Very Small Aperture Terminal (VSAT) untuk menyediakan liputan internet di kawasan pedalaman dan terpencil. Kawasan pedalaman ini termasuklah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, usaha ini adalah selari dengan objektif kementerian untuk menambahbaik infrastruktur komunikasi seperti menyediakan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi melalui pelbagai teknologi.

Beliau mengakui bahawa penggunaan teknologi satelit VSAT bukan satu penyelesaian terbaik untuk jangka masa panjang. Teknologi satelit mempunyai kelemahan seperti kapasiti terhad, kos operasi, penyelenggaraan dan masalah kestabilan internet jika ada gangguan cuaca atau bekalan kuasa.

Namun, usaha ini adalah langkah awal dari pihak kerajaan untuk memastikan capaian liputan internet di kawasan pedalaman. Tambah beliau, kerajaan juga akan terus menilai perkembangan teknologi satelit ini untuk liputan capaian internet di kawasan pedalaman.

Apakah pandangan anda mengenai usaha dari kerajaan ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bernama

Exit mobile version