Kementerian Elektronik dan Teknologi Informasi India telah mengharamkan 43 lagi aplikasi China kerana kerajaan India mendapati aplikasi tersebut boleh menjejaskan keselamatan negaranya. Ini adalah perkembangan terbaru dalam kemelut India-China pada tahun ini, selepas ratusan aplikasi China diharamkan oleh India pada bulan Jun dan September.
Aplikasi yang diharamkan termasuklah daripada syarikat e-dagang utama AliBaba, AliExpress dan AliPay Cashier, syarikat e-dagang Taobao, pengurusan pejabat DingTalk, perkhidmatan penghantaran Lalamove India serta puluhan aplikasi daripada pelbagai kategori.
Hubungan dua hala di antara India dan China kini tegang berikutan pertempuran di sempadan kedua-dua negara tersebut. Sebelum ini pelbagai aplikasi popular China telah pun diharamkan di India seperti PUBG Mobile dan TikTok.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Press Information Bureau India

