Site icon TechNave BM

Kerajaan ingin beri e-tunai RM100 kepada rakyat berumur 21 tahun ke atas

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini berkata kerajaan akan memberikan kredit e-tunai bernilai RM100 kepada semua rakyat dewasa berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan bawah RM100,000 setahun.

Kerajaan telah memperuntukkan RM1 bilion bagi menjayakan inisiatif ini dan ia akan membantu golongan B40 dan M40. Beliau berkata inisiatif ini diambil selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai dalam kalangan masyarakat.

Kerajaan menjangkakan lebih 10 juta rakyat Malaysia akan menerima manfaat ini, namun beliau masih belum mengumumkan tarikh untuk mendapatkannya. Beliau mengumumkan inisiatif tersebut dalam Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat yang berlangsung pada hari ini.

Ini adalah bantuan e-tunai baharu oleh kerajaan, selepas eBeliaRahmah yang memberi e-tunai bernilai RM150 kepada golongan belia berumur 18-20 tahun untuk meringankan beban kewangan mereka.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Berita Harian

Exit mobile version