Site icon TechNave BM

Kerajaan Jepun beri dana untuk tingkatkan teknologi AI dalam cari jodoh

Jika di Malaysia, kita masih bergantung kepada agensi cari jodoh secara manual dan masih ragu dengan teknologi terkini. Berbeza di negara matahari terbit, Jepun dilapor ingin membiaya mana-mana syarikat dengan teknologi kecerdasan buatan (AI), meningkatkan keupayaan AI untuk mencari jodoh.

Menurut sumber, kerajaan Jepun akan mengeluarkan dana bernilai 2 bilion Yen (~RM78 juta) sebagai usaha untuk meningkatkan populasi (kadar kelahiran). Salah satu inisiatifnya adalah pemberian dana kepada perkhidmatan mencari jodoh yang berasaskan AI. Menurut mereka, sokongan ini adalah untuk membantu menaikkan semula kadar kelahiran di negara tersebut.

Di Malaysia, sudah terdapat juga perkhidmatan mencari jodoh secara dalam talian, tetapi kebanyakannya bergantung kepada sistem, bukan teknologi AI. Apakah pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BBC

Gambar ihsan Fox42

Exit mobile version