Site icon TechNave BM

Kerajaan kutip lebih RM400 juta daripada Cukai Perkhidmatan Digital

Sejak penguatkuasaan Cukai Perkhidmatan Digital pada awal tahun ini, kerajaan telah mengumpul sebanyak RM428.07 juta daripada cukai tersebut, menurut Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri. Cukai tersebut dikenakan kepada penyedia perkhidmatan digital popular seperti Netflix, Amazon serta pengiklanan di Facebook dan Instagram.

Kerajaan juga akan memulakan usaha untuk mengenakan cukai kepada penyedia perkhidmatan digital dari negara asing. Beliau memaklumkan jumlah cukai ini sewaktu menggulung perbahasan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2020 di Dewan Negara hari ini.

Cukai Perkhidmatan Digital telah diumumkan dalam Bajet 2020, di mana pelbagai perkhidmatan digital termasuk perisian program, pengurusan data, pengiklanan serta kandungan digital telah dikenakan cukai sebanyak 6 peratus bermula 1 Januari 2020.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version