Kerajaan melalui Majlis Tenaga Negara (MTN) Bil. 2/2025 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan pembinaan platform tunggal bernama e‑Mobility Service Platform (e‑MSP) yang akan menyatukan operasi pengecas kereta elektrik (EV) di seluruh negara.
Platform ini dibangunkan untuk membolehkan pengguna EV mengesan lokasi pengecas, mengaktifkan sesi pengecasan dan membuat pembayaran melalui satu aplikasi bersepadu sebagai usaha mengurangkan kekusutan pelbagai aplikasi semasa.
Langkah ini selari dengan sasaran mencapai 10,000 stesen pengecas awam menjelang akhir 2025 di mana kira‑kira 4,000 titik telah dikesan beroperasi masa kini. Projek ini turut disebut melibatkan beberapa agensi seperti Malaysia Automotive, Robotics & IoT Institute (MARii) dan telah memasukkan elemen teknologi seperti blockchain dan kontrak pintar untuk memastikan interoperabiliti serta keselamatan data.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Facebook PMX

