Site icon TechNave BM

Kerajaan lancar program JENDELA untuk menambah baik mutu internet negara termasuk rangkaian 5G

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan pelan tindakan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang bertujuan untuk menambah baik komunikasi digital negara seperti yang tertera dalam Rancangan Malaysia ke-12 (2021-20125). Pelan ini dirangka melalui satu sesi Makmal untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar yang lebih berkualiti tinggi dan mempersiapkan negara untuk teknologi 5G.

JENDELA akan dilaksanakan secara berfasa, di mana Fasa 1 sudah pun dimulakan sekarang. Untuk fasa ini, kerajaan menginginkan perkhidmatan 4G untuk tersedia buat 96.9% kawasan berpenduduk, naikkan kelajuan jalur lebar ke 35Mbps dan membolehkan 7.5 juta premis untuk dapat akses kepada jalur lebar talian tetap dengan kelajuan gigabit.

Buat negeri Sabah, 382 menara komunikasi baharu akan dibina manakala 924 menara sedia ada akan dinaik taraf. Di negeri Sarawak pula, 636 menara baru akan dibina manakala 977 menara sedia ada akan dinaik taraf. Ratusan menara-menara tambahan akan dibina secara komersial di kedua-dua negeri ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Kenyataan Media YAB Perdana Menteri

Exit mobile version