Site icon TechNave BM

Kerajaan lancarkan fungsi semak harga barang runcit dalam aplikasi KitaJaga

Pada hari ini, Kementerian Ekonomi telah melancarkan sebuah fungsi baharu dalam aplikasi KitaJaga bagi membantu rakyat menyemak harga barangan penting melalui telefon pintar.

Menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, fungsi tersebut dibangunkan dengan kerjasama organisasi KitaJaga secara sukarela, menggunakan data terbuka dari laman web OpenDOSM. Buat masa ini, aplikasi itu akan difokuskan pada barang runcit sahaja kerana harganya yang semakin meningkat baru-baru ini.

Kementeriannya akan terus bekerja dengan agensi-agensi lain seperti Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan platform e-dagang untuk mengembangkan potensi pemantauan harga dan memudahkan rakyat dalam membandingkan harga produk dan membuat pilihan tepat.

Sebelum ini, OpenDOSM dilancar sebagai sebuah platform yang mengumpul, menunjuk dan menganalisa lambakan data daripada DOSM. Ia boleh dimuat turun sebagai data mentah (raw datasets), jadual atau carta.

Layari laman web KitaJaga untuk maklumat lanjut, manakala aplikasi KitaJaga boleh dimuat turun dari Apple App Store dan Google Play Store. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Astro Awani

Exit mobile version