Site icon TechNave BM

Kerajaan Malaysia akan berlapang dada dengan kelengkapan rangkaian 5G yang dibina oleh HUAWEI

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil berkata Malaysia akan mengamalkan konsep pasaran terbuka dan membenarkan syarikat telekomunikasi untuk memilih pembina kelengkapan telekomunikasi 5G dari China, termasuk HUAWEI Technologies.

Menurut sumber, beliau berkata kerajaan tidak mempunyai sebarang kewajipan secara berkontrak terhadap mana-mana pembina kelengkapan telekomunikasi. Keputusan untuk menggunakan sebarang kelengkapan akan bergantung syarikat telekomunikasi mudah alih (mobile network operators, MNO).

Pada masa yang sama, kerajaan akan turut mengambil nasihat daripada negara-negara Barat yang memberi amaran tentang risiko penggunaan kelengkapan telekomunikasi yang dibina oleh HUAWEI.

Sebelum ini, beberapa negara Barat termasuklah Amerika Syarikat dan United Kingdom berkata kelengkapan HUAWEI akan membawa risiko keselamatan terhadap Malaysia, kerana kaitannya dengan kerajaan China. HUAWEI menafikan kenyataan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.

Kerajaan Malaysia kini sedang merancang untuk membangunkan fasa rangkaian 5G kedua bermula Januari 2024, selepas ia merujuk semula pemilikan infrastruktur 5G yang dimiliki sepenuhnya oleh Digital Nasional Bhd (DNB). Perancangan ini menarik perhatian HUAWEI dan syarikat itu dilihat ingin cuba mendapatkan kontrak pembinaan infrastruktur 5G di sini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bloomberg

Exit mobile version