Site icon TechNave BM

Kerajaan Malaysia akan kenal pasti kawasan pedalaman untuk naik taraf liputan Internet

Selari dengan perkembangan digital di Malaysia, akses Internet perlu berkembang dan maju bersama. Mungkin kita telah menyedari tentang lokasi-lokasi kawasan pedalaman yang tidak mendapat akses jalur lebar atau Internet. Melalui hal tersebut, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin telah mengulas mengenai beberapa perkara.

Menurut beliau, dalam pelaksanaan projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) dan projek Jalur Lebar Luar Bandar (RBB), sebilangan menara komunikasi yang masih sedang dibina dan terdapat bilangan besar menara komunikasi yang telah siap dibina. Pelaksanaan ini adalah khas untuk menaik taraf perkhidmatan jalur lebar atau akses Internet.

Sebagai maklum balas kepada pertanyaan mengenai langkah-langkah kerajaan bagi mengatasi masalah liputan Internet di luar bandar, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama SKMM bakal mengadakan sesi perancangan bersama pihak industri untuk mengenal pasti lokasi penduduk di kawasan pedalaman sebagai langkah untuk menambah baik penggunaan jalur lebar di kawasan itu.

Menurut pandangan kami, langkah ini adalah penting agar seluruh rakyat Malaysia terutamanya di kawasan pedalaman mendapat nikmat akses Internet yang baik. Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Astro Awani melalui BERNAMA

Exit mobile version