Site icon TechNave BM

Kerajaan Malaysia cadang haramkan “game” Roblox untuk lindungi kanak-kanak

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri berkata kerajaan sedang mempertimbangkan tindakan menyekat game popular Roblox dan UMI. Ini adalah berikutan beberapa kejadian yang menimbukan kegusaran keselamatan akibat daripada ketagihan bermain game tersebut, termasuklah kes terbaru melibatkan seorang kanak-kanak yang mengelar adiknya.

Perbincangan mengenai tindakan ini masih dijalankan dan kerajaan akan memperhati tindakan yang diambil oleh negara-negara lain seperti Australia yang mencadangkan perundangan tambahan untuk Roblox dan bakal dikuat kuasakan bermula bulan Disember.

Beliau juga berkata kerajaan akan mengambil langkah yang serupa berdasarkan konteks tempatan dan kesesuaian budaya.

Buat masa ini, kerajaan Australian sedang mempertimbangkan untuk menyekat game Roblox kepada pemain berumur 16 tahun dan ke bawah. Perkara tersebut dilaksanakan selepas game itu dilihat memberikan pengaruh negatif dan telah dikaitkan dengan beberapa insiden yang menggugat negara itu.

Beberapa negara telah pun menyekat Roblox sepenuhnya seperti China, Turki, Qatar, Oman, Jordan, Iraq, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu. Terdapat juga negara yang menyekat sebahagian kandungannya seperti Indonesia dan Kuwait.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version