Site icon TechNave BM

Kerajaan Malaysia sedang pertimbang semula model borong tunggal 5G oleh DNB

Kabinet akan mempertimbangkan mengenai model borong tunggal bagi pelancaran rangkaian 5G menjelang Januari 2022. Keputusan ini dibuat selepas menerima maklum balas daripada syarikat telekomunikasi dan peserta industri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata Kabinet masih dalam perbincangan sama ada akan melaksanakan 5G melalui Rangkaian Pemborong Tunggal (SWN) atau mempunyai beberapa sistem bagi membolehkan persaingan.

Beliau berkata kabinet sedang meneliti pendapat atau pandangan kedua daripada pemain industri mengenai perkara itu. Pihaknya akan melihat kepada kelebihan dan kekurangan kedua-dua model ini.

Annuar juga menyatakan bahawa DNB (Digital Nasional Berhad) menawarkan perkhidmatan 5G secara borong kepada semua pengendali rangkaian mudah alih (MNO) di Malaysia bermula bulan ini tanpa sebarang kos. Beliau berkata, fasa pertama tawaran itu terpakai untuk semua tapak 5G di seluruh Putrajaya, Cyberjaya dan beberapa bahagian di Kuala Lumpur.

Menjelang tahun depan, pelancaran itu akan memberi tumpuan kepada kawasan berpenduduk lain termasuk di Pulau Pinang, Johor Bahru, Sabah dan Sarawak di bawah fasa kedua. Annuar berkata, kerajaan menyasarkan untuk mencapai 80 peratus kawasan berpenduduk di negara ini dalam tempoh tiga tahun.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version