Site icon TechNave BM

Kerajaan memperuntukkan tablet dan jalur lebar percuma untuk pelajar B40 pada April ini

Dalam pembentangan belanjawan 2022, kerajaan mengumumkan tablet percuma kepada pelajar B40 di IPT di seluruh negara. Inisiatif ini dinamakan Peranti Siswa dengan peruntukan sehingga RM450 juta untuk 600 ribu pelajar.

Tarikh sebenar permohonan masih belum diketahui tetapi menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengatakan bahawa pelajar boleh mula memohon tablet percuma ini pada pertengahan April 2022. Tablet dijangka akan mula disediakan kepada para pelajar pada Jun 2022.

Selain itu, kerajaan turut memberi data jalur lebar mudah alih termasuk Celcom, Digi, Maxis, U-Mobile, Telekom Malaysia dan YTL untuk pembelanjaran yang lebih mudah. Bajet 2022 turut melibatkan insentif khas alat bantuan mengajar sekali bayar sebanyak RM100 kepada para guru sebagai penghargaan ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebelum ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version