Site icon TechNave BM

Kerajaan negeri Sarawak rancang bina syarikat telekomunikasi sendiri selepas kecewa dengan sektor swasta

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengatakan bahawa kerajaan negeri Sarawak akan mula membina syarikat telekomunikasinya sendiri dalam masa dua tahun bagi meluaskan rangkaian ke dalam kawasan luar bandar.

Keputusan ini berikutan tingkah laku sektor swasta yang sering berdalih daripada menubuhkan rangkaian di kawasan luar bandar kerana kononnya ia tidak mendatangkan keuntungan.

Dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Sarawak Multimedia Authority (SMA), sebanyak 1,246 menara pencawang telekomunikasi akan didirikan sehingga 2023. Abang Johari turut mengatakan bahawa beliau telah memperuntukkan RM150 juta untuk memulakan projek meluaskan rangkaian WiFi di seluruh negeri terbesar di Malaysia itu.

TechNave berharap inisiatif ini akan membuka lebih banyak akses internet berkelajuan tinggi kepada semua rakyat Sarawak. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version