Site icon TechNave BM

Kerajaan perkenalkan Pakej 5G RAHMAH (B40) dan pasca bayar untuk penjawat awam

Penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti CelcomDigi, Maxis, TM, U Mobile dan YES mengalu-alukan pengumuman terbaru kerajaan mengenai Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam sempena Bulan Kebangsaan.

Penyedia perkhidmatan telekomunikasi komited untuk menyokong rangka kerja Ekonomi MADANI kerajaan melalui ketersambungan dan peranti mampu milik dan akan terus bekerjasama rapat sebagai industri untuk merapatkan lagi jurang digital.

Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam akan dilancarkan pada 31 Ogos 2023. Pelanggan dinasihatkan untuk menyemak laman web penyedia perkhidmatan pada pakej yang tersedia.

Pakej Pascabayar RAHMAH 5G 60GB akan serendah RM60 sebulan digabungkan dengan telefon 5G pada harga serendah RM240. 100,000 pelanggan pertama kategori B40 boleh mendapatkan harga serendah RM120. 

Bagi Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam pula, mereka boleh mendapat rebat sebanyak RM10 sebulan. Rebat ini layak untuk sebarang pakej pascabayar sedia ada kerana ia adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version