Site icon TechNave BM

Kerajaan pertimbang turunkan had penunggang p-hailing kepada 18 tahun, bantu lepasan sekolah

Kerajaan sedang mempertimbangkan keputusan menurunkan had umur minimum untuk lesen profesional (VDL). Hal ini adalah untuk membenarkan penunggang penghantaran makanan dan barangan (p-hailing) lepasan sekolah yang berumur 18 tahun ke atas bagi memperoleh wang tambahan.

Umur penunggang p-hailing diturunkan daripada 21 kepada 18 tahun. Sebaik sahaja kerajaan menurunkan umur minimum untuk mendapatkan lesen vokasional kepada 18 tahun, pelajar lepasan sekolah menengah boleh memperoleh pendapatan dengan bekerja sebagai pekerja penghantar dan penghantaran makanan sementara mereka menunggu keputusan SPM.

Wabak COVID-19 menjadikan bidang penghantaran barangan dan makanan berkembang pesat. Terdapat juga permintaan bagi kekosongan jawatan untuk p-hailing di bandar dan pinggir bandar. Untuk pengetahuan, kerajaan pada masa ini hanya mempertimbangkan untuk menurunkan had umur bagi lesen profesional p-hailing.

Had umur minimum untuk kenderaan e-hailing akan kekal tidak berubah. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Winrayland

Exit mobile version