Site icon TechNave BM

Kerajaan Pulau Pinang mulakan ujian perintis 5G di 3 lokasi

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri itu kini sedang menjalankan ujian perintis (pilot test) untuk membangunkan infrastruktur rangkaian 5G dalam tiga lokasi di Georgetown.

Projek tersebut dilaksanakan bagi menguji ketersediaan pihak berkuasa tempatan dalam menerima perkhidmatan 5G. Walaupun kerajaan negeri ada melibatkan kerajaan Persekutuan dan agensi 5G kebangsaan, mereka memulakan sendiri ujian rintis itu kerana mereka masih tidak mengenal pasti tentang hala tuju syarikat mana yang akan mengendalikan 5G di negeri pulau itu.

Chow berkata, antara faktor utama syarikat sedia ada meneruskan pelaburan di Pulau Pinang adalah kerana ketersediaan infrastruktur yang kian berkembang pesat di negeri ini. Ini termasuklah telekomunikasi di kawasan perindustrian lama yang sentiasa dinaik taraf dan diselenggara dengan baik.

Sebelum ini, rangkaian 5G pertama di negara telah pun diperkenalkan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya dan YES telah melancarkan pelan khas untuk pengguna yang ingin memanfaatkan rangkaian tersebut.

Kongsi pendapat anda tentang ujian ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version