Site icon TechNave BM

Kerajaan rancang selaraskan perkhidmatan penghantaran barang yang dipesan dalam talian

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengatakan kerajaan sedang merancang untuk menubuhkan sebuah badan penguatkuasaan untuk perkhidmatan penghantaran barang dan makanan menggunakan motosikal atau p-hailing (parcel delivery).

Beliau mengatakan pada waktu ini tiada badan yang menyelaraskan sektor tersebut dan Kementerian Pengangkutan mungkin akan bina satu pertubuhan bagi melindungi para penunggang motosikal yang terlibat dalam penghantaran barang. Beliau menyifatkan keadaan ini seperti industri seru pandu (e-hailing) yang pada suatu masa juga tidak mempunyai badan penguat kuasa.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan pada tahun lepas, lebih ramai rakyat Malaysia telah mendaftarkan diri untuk menjadi seorang penghantar barang. Beliau menganggarkan lebih 100,000 penunggang motosikal kini terlibat dalam industri tersebut.

Buat masa ini, beliau mengingatkan penghantar p-hailing untuk menyumbang ke dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebanyak RM13.10 sebulan untuk mendapatkan perlindungan asas.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: New Straits Times

Exit mobile version