Site icon TechNave BM

Kerajaan rancang untuk bawa masuk EV pada harga bawah RM100,000 ke Malaysia

Dengan penggunaan kenderaan elektrik (EV) yang semakin popular, kerajaan Malaysia merancang mengimport EV di bawah RM100,000 untuk bukan sahaja golongan berpendapatan tinggi tetapi juga golongan berpendapatan sederhana.

Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata cadangan itu juga membolehkan golongan berpendapatan sederhana mengurangkan karbon dioksida dan EV boleh dijual lebih rendah jika hanya ada syarikat tempatan yang mengeluarkannya di Malaysia.

Sebelum ini, kerajaan telah menawarkan insentif untuk industri automotif termasuk pengecualian cukai langsung dan tidak langsung untuk aktiviti pemasangan atau pembuatan EV, komponen pembuatan dan membangunkan ekosistem seperti kemudahan pengecasan. Ini selaras dengan Dasar Automotif Negara untuk menambah baik ekosistem EV.

Malaysia telah mendapat sedikit momentum dalam menuju ke arah EV seperti ORA GOOD CAT oleh Great Wall Motor (GWM) Malaysia dan EQE 350+ oleh Mercedes EQ. Sebuah stesen pengecas EV baharu juga telah disediakan untuk majunke hadapan dalam era EV.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version