Dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan merancang untuk mempercepatkan pembinaan infrastruktur rangkaian 5G dan akan menyasarkan untuk mula diperkenalkan pada akhir tahun ini.
Bagi mencapai sasaran tersebut, pihak swasta akan turut membantu dalam usaha ini dengan pelaburan sebanyak RM15 bilion. Pengenalan rangkaian 5G adalah sebahagian daripada matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi dan berteknologi canggih.
Di samping itu, beliau turut mengatakan RM28 bilion akan dilabur untuk membangunkan rangkaian 4G. Setakat bulan Ogos lalu, 94% daripada kawasan berpenduduk telah pun menerima rangkaian tersebut.
Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa telah menulis satu ciapan bahawa kerajaan akan merancakkan pembangunan 5G kerana negara-negara Asia Tenggara lain telah pun mendahului kita dalam aspek itu. Beliau mensasarkan agar Malaysia menjadi negara kedua tertinggi dalam pembangunan 5G di Asia Tenggara dalam masa tiga tahun lagi.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: The Star

