Site icon TechNave BM

Kerajaan Selangor umumkan program Data Internet Selangor, bantu B40 dapat akses internet

Kerajaan negeri Selangor hari ini telah melancarkan program Data Internet Selangor yang menawarkan bantuan subsidi kad SIM dan kemudahan internet tanpa had kepada 70,000 orang dalam golongan B40 seperti penjaja kecil, pelajar, ibu tunggal, pemandu teksi, warga emas dan pekerja ekonomi gig (gig economy).

Melalui program ini, Perbadanan Menteri Besar Selangor akan memberi bantuan subsidi sebanyak RM20 sebulan untuk tempoh 12 bulan akan datang bagi memudahkan akses internet kepada penerima bantuan.

Program Data Internet Selangor ini pada asalnya disediakan pada harga RM35 sebulan, namun memandangkan kerajaan negeri telah menyediakan subsidi sebanyak RM20, penerima bantuan hanya perlu membayar sebanyak RM15 sebulan sahaja sepanjang tempoh 12 bulan tersebut.

Buat golongan M40 pula, kerajaan Selangor melancarkan Skim Internet Selangor Kategori M40 (SISM40) yang menyediakan subsidi langganan pakej internet dalam rumah bernilai antara RM10 hingga RM30 sebulan.

Kerajaan negeri telah memperuntukkan dana sebanyak RM17.5 juta untuk menjayakan inisiatif ini yang merupakan sebahagian daripada program bantuan Pakej Kita Selangor 2.0, diumumkan pada hari ini oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version