Site icon TechNave BM

Kerajaan tetapkan 18 dan 19 November 2022 sebagai cuti awam bagi memudahkan pengundi

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan telah menetapkan 18 dan 19 November 2022 sebagai hari kelepasan am untuk memudahkan urusan pengundi sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Menurutnya, hak mengundi adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan dan tiada rakyat Malaysia yang akan dihalang daripada mengundi. Tarikh 18 November itu adalah untuk memudahkan pengundi pergi ke kawasan undian mereka terlebih dahulu, manakala cuti 19 November pula ditujukan kepada syarikat-syarikat swasta yang mungkin tidak tutup pada hari berkenaan.

Pada masa yang sama, 30 konsesi lebuh raya telah bersetuju menawarkan kadar tol percuma pada 18 dan 19 November bagi memudahkan pengundi pulang ke kampung halaman sempena PRU15. Tol percuma ini hanya boleh dinikmati oleh kenderaan jenis persendirian Kelas 1.

Kerajaan turut bersetuju supaya tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam bagi November 2022 akan diawalkan kepada 17 November, manakala bayaran pencen diawalkan kepada 14 November. Ini bertujuan untuk meringankan kos penjawat awam yang ingin pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version