Site icon TechNave BM

Kerajaan tiada kuasa sekat akaun TikTok pengguna

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah meneliti kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menuduh kerajaan menghalang akses atau memadam kandungan akaun TikTok beliau.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaan tersebut dengan kengatakan kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana akaun TikTok pengguna dan kerajaan masih mempunyai banyak kerja lain untuk dilakukan.

Beliau turut menambah bahawa aplikasi tersebut mempunyai syarat dan terma yang perlu dipatuhi seperti kebanyakan media sosial lain. SKMM menegaskan tiada arahan diterima untuk menghalang akses atau memadam kandungan TikTok Menteri Besar Kedah itu.

Sehubungan dengan itu, anda boleh ketahui cara untuk membuat laporan sesebuah akaun di media sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version