Site icon TechNave BM

Kerana kuarantin, pelajar di Jepun anjurkan majlis graduasi sendiri dalam Minecraft

Sekolah-sekolah di Jepun sudah pun ditutup selama lebih dua minggu dalam usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 dan akan terus ditutup sehingga akhir cuti musim bunga. Memandangkan jadual persekolahan di Jepun berakhir pada bulan Mac, bermaksud para pelajar tidak dapat menghadiri majlis graduasi mereka.

Walau bagaimanapun, beberapa pelajar sekolah rendah mencipta sebuah alternatif sendiri: mereka menganjurkan majlis graduasi mereka sendiri dalam permainan video Minecraft.

Dalam sebuah video Twitter oleh @backyennew, beliau menunjukkan majlis graduasi maya yang telah dibuat bersama kawan-kawannya. Yang lebih menarik, semua ini dilakukan tanpa penglibatan guru atau pihak sekolah. Video itu sudah pun dikongsi lebih 25,000 kali dan mendapat komen yang menggalakkan daripada netizen Jepun.

Apakah pendapat anda tentang inisiatif kreatif yang dibuat oleh para pelajar ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Sora News 24

Exit mobile version