Site icon TechNave BM

Kerangka kamera belakang Samsung Galaxy S21 muncul, hampir tiada beza dengan Galaxy S20

Baru-baru ini, kami telah memaklumkan mengenai gambar rekaan awal Samsung Galaxy S21 yang memperlihatkan susunan kamera lebih rata berbanding Galaxy S20 Ultra sebelum ini. Terkini, sumber berbeza mendedahkan gambar kerangka kamera yang didakwa sebagai kerangka kamera untuk Samsung Galaxy S21.

Melihatkan kepada kerangka ini, ia seperti selari dengan rekaan gambar Galaxy S21 terdahulu, tetapi jumlah kamera berbeza. Melalui hal ini juga, sepertinya tiada penambahan jumlah lensa kerana ia memperlihatkan tiga lubang kamera sama seperti jumlah kamera pada Galaxy S20.

Walaupun ia mungkin hadir dengan jumlah kamera yang sama, tetapi tidak mustahil jika ia hadir dengan tetapan kamera yang lebih mantap. Ciri fotografi dan rakaman juga secara logiknya akan lebih baik berbanding model terdahulu.

Anda boleh menyemak berita lepas mengenai ura-ura Samsung Galaxy S21 disini.

Apa pun, kesemua ini bukanlah maklumat rasmi dari Samsung dan masih bertahap khabar angin. Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version