Site icon TechNave BM

Kereta Apple Car akan direka dengan fungsi pemanduan tanpa manusia

Kereta pertama oleh Apple yang akan dibina bersama Hyundai akan direka sebagai sebuah kereta yang mampu bergerak sendiri tanpa kawalan daripada pemandu. Kereta elektrik yang bernama Apple Car itu akan difokuskan pada perjalanan jarak terakhir (last mile) iaitu terma yang digunakan oleh syarikat kurier dalam menghuraikan penghantaran di antara gudang barang ke pengguna akhir.

Oleh yang demikian, Apple Car mungkin mampu digunakan oleh syarikat penghantaran makanan atau teksi robot (robotaxi). Kereta tersebut dirancang akan dihasilkan dalam kilang Kia di West Point, Georgia, Amerika Syarikat bermula 2024.

Sumber mengatakan bahawa Hyundai akan membenarkan Apple untuk mereka perisian dan perkakasan kereta tersebut memandangkan ia adalah kereta berjenama Apple dan bukan jenama Kia. Setakat ini Apple dan Hyundai dilapor telah pun melaburkan sebanyak ~RM14 bilion untuk membangunkan Apple Car.

Adakah anda berminat dengan kereta yang dibina oleh Apple? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5 Mac

Exit mobile version