Site icon TechNave BM

Kereta elektrik pertama Malaysia bernama MY KAR diumum, boleh dipandu sejauh 300km

Kereta elektrik pertama yang dibina oleh syarikat tempatan EV Innovations telah dilancar di Litar Antarabangsa Sepang pada hari ini. Kereta bernama MY KAR itu adalah sebuah prototaip yang menunjukkan kebolehan syarikat Malaysia untuk membina kereta elektrik sendiri.

Kereta ini mempunyai berat 1,016 kilogram dan pek bateri dengan kapasiti 28.7kWh. Ia mampu menjana tenaga untuk panduan sejauh 300 kilometer manakala pengecasan penuh akan mengambil masa 4.3 jam.

MY KAR telah dibina oleh syarikat tempatan EV Innovations dengan kerjasama dua lagi syarikat iaitu DK Composites Pte Ltd dan DNT Auto. EV Innovations merupakan subsidiari kepada System Consultancy Services (SCS) Sdn Bhd yang bertanggungjawab untuk perniagaan kenderaan elektrik.

Projek untuk MY KAR telah dimulakan oleh Datuk Ir. Khalilur Rahman Ebrahim, pengerusi eksekutif SCS. Walau bagaimanapun, syarikat tersebut mengatakan masih banyak yang perlu dilakukan untuk membangunkan kereta elektrik tempatan, oleh itu mereka menjemput para pelabur untuk menyertai program ini bagi menzahirkan visi kereta elektrik oleh SCS.

SCS merupakan syarikat tempatan yang banyak terlibat dalam industri pertahanan. Kongsi pendapat anda tentang kereta ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: China Press

Exit mobile version