Ferrari Luce yang merupakan kereta elektrik (EV) pertama keluaran Ferrari telah dijual pada harga $40 juta (~RM177 juta) dalam satu acara lelong. Harga jualan bagi unit sulung ini adalah sekitar 60 kali ganda lebih tinggi berbanding harga jualan asal yang ditetapkan bagi model berkenaan.
Kereta elektrik tersebut telah dibeli oleh Dr. Herbert Wertheim, seorang pengasas teknologi filem perlindungan UV pada kanta cermin mata yang juga terkenal dengan aktiviti kemanusiaan. Beliau sebelum ini turut membeli model Ferrari SP3 pada harga $26 juta.
Hasil jualan daripada lelongan unit pertama Ferrari Luce ini akan disalurkan sepenuhnya kepada badan kebajikan Ferrari Foundation. Bagi pasaran umum, Ferrari menetapkan harga jualan Ferrari Luce pada kadar $586,600 (~RM2.59 juta) di China dengan penawaran awal sebanyak 88 unit.
Menurut Ferrari, sasaran jualan bagi model Luce untuk tahun 2026 telah pun dicapai sepenuhnya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: BBC

