Site icon TechNave BM

Kereta Kancil ‘check-in’ di terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Terengganu

Kemunculan sebuah kereta Perodua Kancil yang masuk ke balai pelepasan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Terengganu telah mengundang panik orang ramai yang berada di sana. Namun, staf LTSM telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut sejurus selepas kejadian.

Kejadian dipercayai berpunca daripada tekanan perasaan yang dialami pemandu terbabit. Pemandu merupakan seorang wanita berumur 55 tahun dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Sebelum kejadian, petugas telah cuba menghalang, tetapi kereta tersebut berjaya melepasi pintu cermin automatik. Pada mulanya, wanita berkenaan tidak mahu keluar daripada keretanya. Namun, usaha staf LTSM berhasil setelah berjaya memujuk wanita terbabit.

Kami tidak pasti apakah motif sebenar wanita terbabit. Memandangkan ia mungkin berpunca daripada tekanan perasaan, kita mungkin hanya perlu bersyukur kerana tiada kejadian tidak diigini yang lebih teruk berlaku. Luahkan pendapat anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Sinar Harian

Exit mobile version