Site icon TechNave BM

Kereta terbang elektrik XPeng X2, boleh bawa 2 penumpang pada kelajuan sehingga ~129kmj

Nampaknya, sebuah kereta terbang boleh membawa pelancong mengelilingi bandar dengan kelajuan sehingga 80mph (~129kmj) dalam masa beberapa tahun lagi. XPeng X2 dijangka boleh terbang pada ketinggian kira-kira 300 kaki. 

Namun, hanya dua tempat duduk disediakan dan masa penerbangan maksimum adalah 35 minit. Ia juga mempunyai payung terjun yang dipasang sekiranya berlaku sebarang kemalangan. Firma China XPeng percaya ia sesuai untuk perjalanan bandar jarak dekat seperti bersiar-siar dan mengangkut bekalan perubatan.

Ia dijangka kos yang sama seperti kereta mewah Rolls Royce dan bakal tiba ke pasaran menjelang 2025. Presiden dan naib pengerusi syarikat, Brian Gu berkata matlamat utamanya adalah untuk digunakan oleh individu kaya sebagai mod pengangkutan harian mereka.

Tetapi dengan beberapa halangan kawal selia, kenderaan itu berkemungkinan boleh dilihat di kawasan luar bandar atau dalam situasi tertentu. Ini mungkin termasuk pinggir laut Dubai di mana ia membuat penerbangan awam pertamanya pada hari Isnin sebagai sebahagian daripada acara Global Gitex.

X2 berlepas dan mendarat secara menegak menggunakan dua kipas pada setiap empat penjuru kenderaan di mana roda biasanya berada. Terdapat dua pintu di kedua-dua sisi, panjang 16 kaki, berat kira-kira setengah tan dan boleh membawa dua orang dengan berat di bawah 100kg setiap satu.

Dengan kelajuan tertinggi 81mph, ia boleh terbang sehingga 35 minit dan mencapai ketinggian 3,200 kaki  walaupun ia berkemungkinan akan melayari sekitar 300 kaki. Pemilik dijangka hanya memerlukan lesen memandu kerana penerbangan awal mungkin perlu dilakukan secara autonomi.

Gu turut menyatakan keperluan pensijilan dan tahap latihan tertentu untuk memiliki kenderaan tersebut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Mail Online

Exit mobile version