Site icon TechNave BM

Kereta Tesla dengan aplikasi YouTube, Netflix dan kini game Stardew Valley

Jika anda masih belum mengenali apa itu Tesla yang sering diperbualkan netizen, anda perlu mengambil tahu tentang jenama kereta dengan teknologi terkini ini. Sepintas lalu, Tesla merupakan syarikat automotif Amerika Syarikat yang menerajui teknologi automotif terkini. Selebriti terkenal, Elon Musk merupakan salah seorang pengasas syarikat Tesla Inc.

Terdahulu, syarikat ini telah memasang beberapa game pada sistem papan kemuka (dashboard) kereta Tesla. Menurut engadget, kemas kini 10.0 pada sistem kereta tersebut telah membawa masuk beberapa aplikasi kegemaran ramai seperti Netflix dan YouTube.

Terkini, menurut techcrunch, Elon Musk telah memuat naik ciapan (tweet) di laman sosial Twitternya tentang kemas kini yang bakal membawa beberapa ciri dan game lain termasuk game bertani Stardew Valley dan percubaan fungsi pemanduan sendiri ‘Full Self Driving’.

Tesla sememangnya tekad dan menjanjikan yang terbaik untuk memuaskan permintaan pelanggannya. Walau bagaimanapun, aplikasi dan game pada sistem papan kemuka kereta hanya boleh dimainkan ketika anda telah meletakkan kereta anda di ruangan tempat letak kereta.

Teringin bermain game menggunakan papan kemuka kereta? Adakah anda rasa ia sesuatu yang hebat atau diluar fikiran anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi automotif selanjutnya.

Sumber: engadget | techcrunch

Sumber gambar: techcrunch

Exit mobile version