Site icon TechNave BM

Kereta Tesla yang dipandu secara automatik terbabas, dua penunggang maut

Teknologi kereta yang dipandu secara automatik (self-driving car) mendapat perhatian yang semakin meluas sejak beberapa tahun lepas, namun ia mungkin masih jauh lagi sebelum boleh dipercayai sepenuhnya. Pada Sabtu lalu, dua penunggang kereta elektrik Tesla Model S yang tidak mempunyai sebarang pemandu telah terbabas di Houston, Texas, Amerika Syarikat.

Kereta yang dibuat pada 2019 itu telah dipandu dalam kelajuan yang pantas, sebelum ia gagal membelok sebetulnya dan tersasar ke bahu jalan, membuatkannya melanggar sebatang pokok dan terbakar. Menurut pihak berkuasa, dua mayat yang dikenal pasti dalam kenderaan itu berada di kerusi penumpang dan kerusi belakang.

Ini adalah insiden terbaru melibatkan teknologi pemanduan automatik oleh Tesla sewaktu syarikat permotoran elektrik itu ingin melancarkan perisian pemanduan automatik penuh (full self-driving) kepada para pelangganya.

Pada bulan Mac, National Highway Traffic Safety Administration telah pun membuka 27 kertas penyiasatan untuk kemalangan melibatkan kenderaan Tesla, di mana tiga kemalangan telah berlaku dalam masa terdekat.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version