Site icon TechNave BM

Kerja penyelenggaran sedang dijalankan, pengguna Digi hadapi masalah sambungan

Digi mengumumkan kerja penyelenggaraannya akan tamat pada awal pagi hari ini. Namun, masih ramai yang mengadu dan menghadapi masalah perkhidmatan telekomunikasi dan pengaksesan data sehingga kini. Berkemungkinan besar juga, masalah ini hanya berlaku kepada sejumlah pengguna sahaja.

Digi mengatakan kerja penyelenggaraan masih sedang dijalankan sehingga diberitahu kelak. Kami berharap proses pemulihan akan dilakukan secepat mungkin terutamanya bagi pengguna yang sering menggunakan aplikasi Digi sebagai tempat pembayaran. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Amanz

Exit mobile version