Site icon TechNave BM

Kerjasama Alibaba Cloud dan Genting Skyworlds hasilkan VQ, tunggu giliran dalam aplikasi sahaja

Alibaba Cloud ialah bahagian pembangunan teknologi untuk Alibaba Group telah bekerjasama dengan Taman Tema Genting SkyWorlds untuk menghasilkan Virtual Queue (VQ) Solution dikuasakan Kecerdasan Buatan (AI) yang pertama di rantau ini yang menggunakan teknologi awan melalui aplikasi mudah alih Genting SkyWorlds.

VQ Solution Alibaba Cloud menggunakan AI untuk membolehkan pengunjung yang mengurangkan dan mengenal pasti masa menunggu untuk sesuatu permainan. Penyelesaian ini membolehkan pasukan operasi mengawal pergerakan para pengunjung dengan lebih baik.

Dalam aplikasi Genting SkyWorlds, VQ dan khidmat Perancang Jadual Lawatan yang dikuasakan oleh Alibaba Cloud membolehkan para pengunjung membuat tempahan waktu yang diingini untuk permainan, tarikan dan persembahan serta merancang aturcara lawatan mereka dengan mudah di taman tema sebelum tarikh ketibaan.

Para pengunjung yang mengikuti jadual perjalanan yang telah disyorkan akan menerima ganjaran seperti baucar diskaun dan tempahan VQ tambahan. Para pengunjung yang membeli tiket di luar talian juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih ini semasa ketibaan atau menggunakan kiosk VQ dalam taman tema untuk menikmati pengalaman ini.

Aplikasi mudah alih rasmi Genting SkyWorlds kini tersedia untuk dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store dan Apple App Store. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version