Site icon TechNave BM

Kerjasama Chipsmore dan Monopoly hasilkan NFT, main dan menang hadiah sehingga RM200,000

Chipsmore! dan rakan kongsinya iaitu Monopoli telah bekerjasama buat kali ketiga untuk membawa peraduan permainan papan maya. Kali ini, mereka menawarkan 3D NFT yang diilhamkan daripada produk yang dihasilkan oleh Chipsmore untuk pemenang.

Kerjasama itu bermula pada tahun 2020 di mana permainan papan perdagangan hartanah klasik, Monopoly, telah didigitalkan untuk peminat Chipsmore! bagi bermain game dalam talian dan diberi ganjaran.

NFT ialah aset digital yang mewakili objek dunia sebenar dan Chipsmore! sebagai jenama yang sentiasa mencari cara bagi melibatkan diri dalam menghiburkan rakyat Malaysia telah menawarkan NFT selain daripada hadiah seperti Samsung Galaxy S22 Ultra, iPad Pro serta hadiah wang tunai bernilai sehingga RM200,000.

Terdapat sejumlah 28 hartanah maya NFT yang eksklusif dan tidak boleh dibeli dengan wang untuk direbut termasuk tiga unit hartanah 3D di lokasi paling mewah untuk pemenang teratas. Terdapat NFT seperti Cookie Quarters, Crumble Castle, Cookie Galaxy dan banyak lagi boleh disimpan sebagai koleksi peribadi.

Cara untuk mula bermain Chipsmore! Metapoli

  1. Pergi ke www.chipsmoremonopoly.com
  2. Buat profil dan mula bermain dengan lima balingan dadu percuma.
  3. Beli mana-mana Chipsmore! produk dan muat naik resit anda untuk membuka lebih banyak balingan dadu.
  4. Semak kedudukan anda pada carta kedudukan langsung dan terus bermain untuk meningkatkan peluang kemenangan anda.

Peraduan The Chipsmore! Metapoly akan berakhir pada 31 Oktober 2022. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version