Site icon TechNave BM

Kerjasama Qatar Airways, Starlink tawarkan internet berkelajuan 500Mbps semasa penerbangan

Qatar Airways kini telah mengumumkan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan internet berasaskan satelit, Starlink. Melalui kerjasama ini, pesawat Qatar Airways akan dilengkapi dengan sokongan perkhidmatan internet yang disediakan melalui Starlink yang dapat memudahkan penumpang untuk terus mengakses internet semasa dalam penerbangan.

Untuk peringkat awal, Qatar Airways akan menyiapkan tiga Boeing 777-300 dengan sokongan Starlink menjelang akhir 2024. Ia dijangka akan turut digunakan untuk semua penerbangan moden dalam tempoh 2 tahun akan datang. Ini adalah langkah besar bagi Qatar Airways dalam mengekalkan kedudukannya dalam industri.

Selain itu, Qatar Airways menyasarkan bahawa semua pelanggan mereka tidak lama lagi akan menikmati akses internet sehingga 500Mbps semasa dalam penerbangan. Hal ini membolehkan mereka menggunakan perkhidmatan internet seperti biasa termasuk penstriman, memainkan video dan lain-lain.

Dalam pada itu, kami juga berharap semoga syarikat penerbangan tempatan seperti MAS dan AirAsia akan mengikut langkah yang sama pada masa akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Qatar Airways

Exit mobile version