Site icon TechNave BM

Kerjasama Whoscall dan PDRM berjaya kurangkan kadar panggilan penipuan di Malaysia

Whoscall, yang dikuasakan oleh Gogolook, telah mengumumkan bahawa kerjasamanya dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengurangkan kadar menjawab panggilan penipuan dalam talian di Malaysia sebanyak 10% dalam masa lapan bulan.

Kerjasama ini melibatkan perkongsian pangkalan data nombor penipuan dalam talian antara Whoscall dan portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM sejak Januari 2023. Whoscall telah berjaya mengesan 3.1 juta panggilan palsu dan SMS di Malaysia di mana 318,147 daripada nombor penipuan yang dikesan adalah dari portal JSJK PDRM.

Manwoo Joo, Ketua Pegawai Operasi Gogolook menyatakan bahawa dengan pangkalan data yang dikongsi daripada PDRM, mereka dapat menambah penandaan PDRM pada panggilan yang tidak diketahui dan ini berjaya mengurangkan kadar menjawab panggilan penipuan dalam talian dari 21% kepada 11% dalam masa 8 bulan.

Whoscall kini mempunyai lebih 100 juta muat turun aplikasi ID pemanggil dengan pangkalan data terbesar di Asia Timur dan Asia Tenggara yang mengandungi lebih 1.6 bilion entri nombor telefon. Mereka juga telah memperkenalkan ciri baru seperti pengenalan panggilan tidak diketahui di Whatsapp dan URL Scanner untuk melindungi pengguna daripada penipuan dan panggilan palsu dalam talian.

Sebelum ini, Whoscall atelah disahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan merupakan aplikasi ID pemanggil pertama yang diiktiraf oleh PDRM dalam usaha mereka memerangi penipuan dalam talian. Aplikasi ini membantu pengguna mengelakkan panggilan penipuan dan menjaga keselamatan mereka daripada penipuan dalam talian dengan menyediakan pangkalan data nombor penipuan yang terkini dan pengenalan panggilan yang tidak diketahui.

Untuk maklumat lanjut tentang ciri dan kemas kini terbaru Whoscall, anda boleh lawati halaman Facebook Whoscall atau muat turun aplikasi itu sekarang secara percuma. Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version