Site icon TechNave BM

Kesemua 268,000 slot vaksin AstraZeneca telah ditempah dalam masa 3 jam sahaja!

Jika anda ingin menempah slot untuk vaksin AstraZeneca, anda telah terlambat untuk sesi yang pertama. Berdasarkan twit dari menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malasyia, Y.B Khairy Jamaluddin, kesemua slot untuk vaksin AstraZeneca telah dipenuhi.

Untuk maklumat anda, penempahan vaksin AstraZeneca sesi pertama ini terlibat kepada rakyat yang berada di negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Sebanyak 268,000 slot telah disediakan dan hanya ditawarkan kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

Penempahan slot untuk vaksin AstraZeneca ini telah dibuka bermula 12 tengah hari hari ini. Sebanyak 4 kawasan vaksinasi yang telah disediakan iaitu World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Jika anda tidak sempat dan ingin mendapatkan vaksin AstraZeneca ini, anda boleh masuk ke barisan menunggu (ditawarkan dalam beberapa jam sahaja). Manakala jika anda menetap di luar negeri Selangor dan ingin mendapatkannya, jangan risau kerana vaksin ini akan ditawarkan di semua negeri lain (kecuali Sarawak) pada sesi yang berlainan.

Mengikut Y.B Khairy Jamaluddin, kerajaan dijangka akan menerima lebih 1 juta dos vaksin AstraZeneca melalui COVAX dalam masa yang terdekat. Beliau juga menekankan bahawa kerajaan akan memudahkan rakyat tanpa kemudahan internet untuk mendapatkan vaksin jenis ini.

Jika anda tidak berminat dengan vaksin dari British ini, anda boleh menunggu barisan seperti biasa di Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang menggunakan vaksin Pzifer dari Amerika Syarikat.

Tempahan slot vaksin AstraZenca ini adalah secara sukarela. Keberkesanannya untuk melawan COVID-19 adalah 70-90% manakala vaksin Pzifer pada 95%.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Adakah anda salah satu dari 260,000 orang yang telah menempat slot vaksin AstraZeneca? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version