Site icon TechNave BM

Kesemua perlawanan Liga Malaysia 2020 ditangguhkan bermula 16 Mac, Isnin ini berikutan penularan COVID-19

Terkini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) telah memutuskan untuk menangguhkan kesemua perlawanan saingan Liga Malaysia 2020 berikutan penularan COVID-19 bermula Isnin ini (16 Mac 2020). Keputusan ini dibuat melalui perbincangan bersama dengan Rakan Kongsi Liga, wakil Institut Sukan Negara (ISN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan penaja pada hari ini.

Sehubungan dengan itu, liga amatur kelolaan Amateur Football League (AFL), pertandingan Piala Presiden, Piala Belia, Malaysia Premier Futsal League (MPFL) kelolaan FAM dan Shopee Piala FA ditangguhkan sehingga notis makluman yang seterusnya.

Namun, untuk peminat yang menanti perlawanan keempat CIMB Liga Super, Liga Premier, Piala Belia dan MPFL 2020 yang ada dijadualkan berlangsung pada hari ini, Sabtu dan Ahad, terdapat berita gembira untuk anda. Perlawanan yang dinyatakan ini akan tetap diteruskan, tetapi dengan garis panduan tertentu termasuklah ketiadaan penyokong di stadium. Selepas perlawanan pada Ahad ini, penangguhan perlawanan akan mula dikuatkuasakan.

Luahkan komen anda berkenaan hal ini di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini yang terkini.

Sumber: FAM

Exit mobile version