Site icon TechNave BM

Ketahanan bateri, senarai harga siri Redmi K40 bocor! Bermula ~RM1,433 hingga ~RM2,492

Berita dan ura-ura mengenai siri Redmi K40 semestinya akan terus dikongsi sehingga tarikh pelancarannya, dijangka pada 11 Februari 2021. Terkini, beberapa sumber telah mengongsikan senarai harga siri Redmi K40 mengikut varian dan mendedahkan hayat bateri Redmi K40.

Naib Presiden Xiaomi Lu Weibing telah memuat naik tangkapan skrin di laman Weibo mengenai hayat bateri Redmi K40. Peranti ini menunjukkan kuasa bateri masih 64% walaupun sudah digunakan selama 10.5 jam selama berterusan.

Sistem MIUI memaparkan bahawa kuasa bateri 64% boleh bertahan sehingga 25 jam, 4 minit. Apa pun, gambar ini tidak menunjukkan kadar penggunaan peranti sama ada secara ringan atau secara intensif.Tangkapan gambar turut memperlihatkan resolusi skrin Redmi K40, iaitu 2400 x 1080 piksel.

Di sisi yang lain, terdapat sumber yang mendedahkan ura-ura harga penuh untuk siri Redmi K40. Terdahulu, kami telah memaklumkan berita mengenai harganya, tetapi hanya harga permulaan. Ura-ura harga penuh adalah seperti di bawah.

Siri Redmi K40 setakat ini disifatkan sebagai antara peranti termurah dengan janaan cipset Snapdragon 888. Apakah pendapat anda jika harga ini adalah benar? Beritahu pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version