Site icon TechNave BM

Ketahui jika anda memiliki gejala wabak COVID-19 secara dalam talian – Kolaborasi KKM dan DoctorOnCall

Perlukah anda panik jika anda mempunyai salah satu gejala virus baru COVID-19 atau dikenali sebagai Koronavirus? Jawapannya, anda tidak perlu panik, tetapi anda harus menjadi lebih bertanggungjawab dengan membuat saringan kesihatan di pusat kesihatan yang disyorkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Seperti yang kita sudah sedia maklum, wabak COVID-19 seakan hadir pada gelombang kedua di Malaysia. Selain daripada kemas kini status di laman media sosial, KKM kini menubuhkan sebuah laman web rasmi untuk anda menilai risiko COVID-19 secara dalam talian. Ini bermakna anda bakal diperiksa secara dalam talian sahaja. Anda boleh mengunjunginya di pautan ini. Walau bagaimanapun, penilaian ini masih sedang dikemas kini untuk kegunaan anda.

Usaha ini merupakan kerjasama di antara KKM dan DoctorOnCall (sebuah platform pertama di Malaysia yang melakukan konsultasi kesihatan secara dalam talian). Apa pun, anda masih boleh bertanya atau membaca forum berkenaan COVID-19 melalui laman tersebut.

Kami merasakan usaha ini merupakan usaha yang sangat mesra rakyat! Bagaimana pula dengan pendapat anda? Lontarkan komen di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Vocket

Exit mobile version