Site icon TechNave BM

Ketahui sama ada Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan atau tidak pada Jumaat, 10 April ini

Kami tahu pasti rakyat Malaysia berharap agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilanjutkan lagi. Namun, ada juga segelintir yang tidak gusar jika PKP dilanjutkan, malahan lebih gusar jika langkah pencegahan tidak lagi diamalkan jika PKP tidak dilanjutkan. Apa pun, kerajaan pasti akan membuat keputusan terbaik untuk kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia.

Terkini, persoalan sama ada PKP akan dilanjutkan atau tidak bakal dijawab pada Jumaat ini, 10 April 2020 melalui sebuah pengumuman yang akan dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Sementara menunggu pengumuman ini, kami berharap agar anda tidak menyebarkan sebarang berita atau maklumat palsu dan sentiasa mengamalkan langkah pencegahan untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Untuk pengetahuan anda, setakat 7 April 2020, terdapat sebanyak 3,963 kes yang disahkan, seramai 1,321 yang telah sembuh dan 63 kematian.

Luahkan komen anda mengenai hal ini di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Astro Awani | KKM

Exit mobile version