Site icon TechNave BM

Khabar angin gambar PS5 – Dengan reka bentuk V dan sistem penyejukan baru

Sementara menanti pelancaran Sony PlayStation 5, khabar angin mengenai peranti gaming ini pastinya dinantikan oleh peminat. Terkini, kami telah menemukan khabar-khabar angin mengenai PS5 yang mungkin boleh menggembirakan hati peminat PlayStation.

Sumber melaporkan, sebuah akaun di Twitter mengongsikan gambar sebuah PS5. Sumber turut menambah bahawa pernyataan Bloomberg melaluinya turut memberi sedikit bayangan tentang reka bentuk PS5. Pernyataan tersebut melaporkan PS5 akan menampilkan komponen dan sistem penyejukan baru yang bakal meningkatkan prestasinya.

Jika kita melihat pada gambar, sepertinya ia menggambarkan komponen dan reka bentuk baru. Menurut sumber lagi, reka bentuk V turut memungkinkan bahawa ia membantu sistem penyejukan baru.

BGR juga pernah melaporkan tentang satu gambar paten yang menyerupai gambar PS5 di atas. Apa pun, reka bentuk unik ini mungkin hadir dengan harga yang agak tinggi. Sony juga masih tidak membuat keputusan tentang harga PS5 dek kerana bahagian komponennya yang agak menelan kos yang tinggi.

Sumber: Sony via LetsGoDigital

Adakah anda masih akan membeli PS5 jika harganya agak tinggi? Beritahu kami pandangan anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: BGR (1) (2) (3) | Bloomberg

Exit mobile version