Site icon TechNave BM

Khabar angin peranti gaming Black Shark 3 dengan paparan 120Hz dan resolusi 2K boleh diubah suai

Terdahulu, khabar angin mengenai Black Shark 3 bakal hadir dengan Snapdragon 865 dan bateri 4700 mAh telah tular. Untuk menambah desas-desus Black Shark 3, kami telah menemui maklumat tidak rasmi baru untuk dikongsikan.

Menurut Weibo melalui GSMarena, peranti gaming Black Shark 3 bakal dilengkapi paparan QHD dengan kadar segar semula (refresh rate) 120Hz. Sumber menambah bahawa pengguna boleh menukar kadar segar semula mengikut citarasa sendiri sama ada 60, 90 atau 120Hz.

Apa yang menarik lagi, sumber turut melaporkan bahawa anda juga boleh menukar resolusi sama ada paparan FHD atau QHD. Ini bermaksud anda boleh memilih untuk pilihan resolusi 2K atau 1080p. Setakat ini, khabar angin menyenaraikan spesifikasi Black Shark 3 dilengkapi sokongan 5G, bateri 4700 mAh, SD 865 dan paparan QHD 120Hz yang boleh diubah suai. Apa pun, khabar angin bukanlah satu kebenaran yang rasmi.

Adakah anda memiliki peranti gaming Black Shark versi terdahulu? Beritahu kami komen anda mengenai spesifikasi baru Black Shark 3 ini di laman Facebook. Untuk berita peranti gaming terkini, teruskan membaca laman TechNaveBM.com.

Sumber: Weibo | GSMarena

Exit mobile version