Site icon TechNave BM

Khabar angin tentang Samsung Galaxy Fold 2 dilengkapi dengan S-Pen tersebar di Internet

Berita khabar angin tentang peranti mudah alih yang akan datang daripada Samsung telah tersebar di Internet. Salah satu berita terbaru yang mendakwa Galaxy Fold 2 akan hadir dengan S-Pen yang baru berkonsepkan seni.

Ben Geskin mendedahkan konsep untuk Galaxy Fold 2 di Twitter menunjukkan peranti yang dikenali sebagai paparan Infinity V dengan kamera skrin berlubang (punch-hole) di bahagian depan. Ia mungkin akan menjadi peranti 5G yang dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 865. Walau bagaimanapun, ianya adalah khabar angin semata dan masih belum disahkan sama ada betul atau pun tidak.

Dalam berita yang berkaitan, Max Weinbach juga mendakwa peranti itu akan mempunyai tiga lensa kamera (12MP + 12MP + 64MP) sama seperti Galaxy S20 Plus. Ia juga akan dilengkapi dengan badan seramik dan keluli tahan karat serta lima warna baru iaitu biru, perak, emas, merah jambu, dan hitam.

Tidak ada pengumuman rasmi lagi mengenai spesifikasi dan ciri Galaxy Fold 2 termasuk S-Pen baru itu. Andakah anda berminat untuk menyambar peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version