Site icon TechNave BM

Khabar angin Samsung Galaxy S11: Sensor kamera 108MP dan kamera telefoto 48MP

Baru-baru ini, kita telah diusik dengan berita pembongkaran Samsung Galaxy Note 10 Lite. Kini, pendedahan Samsung Galaxy S11 memperlihatkan reka bentuk yang lebih kurang sama, tetapi dengan ciri berlainan.

Agak masuk akal apabila @UniverseIce menyatakan Samsung akan menjadi pelopor kepada lensa telefoto berpiksel tinggi sekurang-kurangnya dengan lensa 48MP. Hal ini kerana AndroidAuthority menyatakan lensa telefoto 48MP bersesuaian dengan barisan kamera utama 108MP. AndroidAuthority menambah lagi, barisan kamera yang dicadangkan oleh Samsung ini mungkin untuk menyokong rakaman video 8K yang memerlukan sekurang-kurangnya sensor 33MP ke atas.

Sepintas lalu, siri Samsung Galaxy S11 mungkin bakal hadir dengan modul kamera segi empat tepat, kamera hadapan skrin berlubang (punch-hole) tanpa butang Bixby dan bicu audio 3.5mm. Untuk khabar angin ciri dan spesifikasi lebih lanjut, kunjungi laman web ini. Terkini, Samsung Galaxy S10, Samsung Galaxy S10e dan Samsung Galaxy S10 Plus masih hangat di pasaran. Bandingkan ciri dan harga mereka di sini.

Adakah anda bersedia untuk menerima keluarga baru Samsung? Beritahu kami di Facebook sekarang! Apa pun, berita ini masih sebuah khabar angin. Teruskan bersama Rakan teknologi Utama Malaysia untuk kemas kini khabar angin dan pelancaran peranti baru lain.

Sumber: AndroidAuthority | @UniverseIce | @OnLeaks

Exit mobile version