Site icon TechNave BM

Khabar angin terbaru tentang Sony PlayStation 5 menunjukkan ia mempunyai 13.3 TFLOPS pada prestasi GPU

Mula diumumkan tentang kehadiran konsol Sony generasi terbaru iaitu PlayStation 5 pada penghujung tahun lalu telah membuatkan para peminat teruja sekaligus berhasrat untuk menjadi yang terawal untuk memilikinya.

Tetapi sehingga kini Sony masih belum mengumumkan apa-apa mengenai PS5 ini. Ia dijangka sekurang-kurangnya sepadan dengan spesifikasi rasmi Xbox Series X, kerana kedua-dua konsol akan berkongsi CPU dan cip GPU yang serupa dibuat oleh AMD, serta SSD gen dengan lebih besar dan peningkatan kelajuan tinggi.

Spekulasi telah berlanjutan sejak akhir-akhir ini dan kami mendapat khabar angin terbaru daripada 4chan. Menurut sumber, Sony PS5 akan mempunyai 13.3 TFLOPS (60 unit pengiraan) dalam kuasa pemprosesan grafik, sebuah CPU AMD Zen 2 dengan 3.4GHz, 16GB GDDR6 VRAM, 4GB RAM DDR4, dan 1TB SSD serta kelajuan pemindahan sehingga 5.5GB / s. Jika spesifikasi ini benar, GPU PS5 akan setanding dengan Nvidia GeForce RTX 2080 Ti, yang mempunyai 11GB GDDR6 VRAM dan 13.45 TFLOPS kuasa pemprosesan grafik.

Satu lagi perubahan besar dimana ia akan menjadi pengawal Dual Shock yang baru dengan mikrofon terbina di dalam dan dikhabarkan mempunyai sokongan untuk arahan suara.

Dari segi harga ianya mungkin bermula pada USD 499 (~ RM2112). Ini adalah harga lebih kurang sama yang telah dijangkakan sebelum ini. Sudah tentu, khabar angin ini hanyalah ramalan dan masih belum pasti samada betul ataupun tidak.

Kami juga masih menanti pengumuman tarikh serta tempat untuk pelancaran produk itu. Peminat game pastinya tidak sabar menunggu kemunculan PS5. Beritahu kami pendapat anda di laman Facebook. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : BGR

Exit mobile version