Site icon TechNave BM

Khidmat penghantaran barang termasuk makanan menggunakan dron kini meningkat

Teknologi dron bukanlah teknologi yang baru digunakan di Malaysia. Namun, dalam sesetengah bidang, ia mungkin boleh dianggap baru dan masih belum dipraktikkan secara meluas. Terkini, sebuah syarikat kurier di Virginia, Amerika Syarikat (AS) telah mendapat permintaan tinggi terhadap khidmat penghantaran menggunakan dron.

Apa yang menariknya, dron ini bukan sahaja menghantar barang, tetapi juga makanan! Jika barang keperluan seperti makanan bertin, kelengkapan asas dan sebagainya adalah masuk akal untuk dihantar secara dron, anda boleh bayangkan dron tersebut turut menghantar produk pastri di kafe yang mengambil tempahan. Seperti yang kita tahu, Malaysia juga mendapat permintaan kurier yang tinggi sepanjang tempoh PKP. Mungkinkah kita boleh menjangkakan teknologi kurier dron ini di Malaysia?

Sebenarnya, Alphabet Inc Wing ini telah mengadakan program ujian penghantaran menggunakan dron sejak Oktober lalu. Oleh kerana penularan COVID-19 yang melanda, mereka mula meluaskan perkhidmatan dengan menambah vendor dan barangan yang boleh ditempah untuk keperluan pengguna, serta menggalakkan pengguna untuk kekal berada di rumah.

Luahkan komen anda mengenai hal ini di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Star

Exit mobile version